Home Berita Lain “Classic Quotes by Xi Jinping” Edisi Antarabangsa Disiarkan Media Perdana Perancis

“Classic Quotes by Xi Jinping” Edisi Antarabangsa Disiarkan Media Perdana Perancis

Bertepatan dengan lawatan rasmi yang diadakan Presiden China, Xi Jinping di Perancis, majlis pelancaran “Classic Quotes by Xi Jinping” edisi antarabangsa buatan Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Paris semalam waktu tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Perancis yang juga bekas Perdana Menteri negara itu, Laurent Fabius, Pengerusi Tabung Wawasan dan Inovasi Perancis yang juga pernah menyandang jawatan Perdana Menteri, Jean-Pierre Raffarin masing-masing menyampaikan ucapan tahniah kepada aktiviti tersebut.

Program itu akan disiarkan di bebeapa media perdana Perancis seperti DailyMotion dan Stesen Berita Eropah.

 “Classic Quotes by Xi Jinping” edisi antarabangsa melalui ucapan yang disampaikan Presiden Xi dan puisi serta cerita klasik yang dipetiknya dalam karangan dan ucapan terbabit, menfokuskan pada topik pembangunan hijau, tamadun ekologi, pemartabatan penguatkuasaan undang-undang, kemakmuran bersama dan perlindungan warisan kebudayaan, dan mencerminkan kebijaksanaan, anjakan dan tujahan Xi dalam bidang politik, kebudayaan dan sejarah.

Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan bahawa pihaknya bersedia berganding bahu dengan sahabat-sahabat Perancis untuk mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Perancis berkembang ke arah yang padu dan dinamik, di samping menyumbangkan kebijaksanaan dan cetusan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version