Home Berita MCI Columbia University Batalkan Konvokesyen Berikutan Demonstrasi Pro-Palestin Yang Berterusan

Columbia University Batalkan Konvokesyen Berikutan Demonstrasi Pro-Palestin Yang Berterusan

NEW YORK, 7 Mei – Columbia University di New York yang menyaksikan demonstrasi mengutuk serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan bersolidariti dengan Palestin, mengumumkan pada Isnin pembatalan majlis konvokesyennya minggu depan. 

Pihak universiti itu berkata ia “akan meninggalkan majlis konvokesyen utama yang dijadualkan pada 15 Mei”  dan sebaliknya akan menganjurkan beberapa siri kecil majlis itu, lapor agensi berita Palestin (WAFA). 

Pergerakan pelajar itu tercetus di Amerika Syarikat (AS) pada 18 April, apabila pelajar melakukan mogok duduk sebagai tanda protes kepada serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza di kampus Columbia University di sini, dan menuntut supaya pentadbiran universiti menghentikan kerjasama dengan universiti Israel dan menarik balik pelaburannya dalam syarikat yang menyokong pendudukan rejim Zionis.   

Pelajar di universiti-universiti AS sedang berusaha meningkatkan tekanan kepada pentadbiran AS supaya  menarik pelaburan daripada negara yang menduduki dan syarikat yang menyokongnya serta  memboikot universiti Israel yang terlibat dalam genosid penduduk Palestin.

Pergerakan pelajar untuk menyokong Palestin yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Amerika Syarikat juga merebak ke universiti-universiti di Perancis, United Kingdom, Jerman, Kanada, Switzerland, India dan Australia. 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version