Home Berita MCI Acara Pertukaran Budaya China-Serbia Diadakan

Acara Pertukaran Budaya China-Serbia Diadakan

BEIJING, 8 Mei – Sesi pertukaran kebudayaan China-Serbia anjurakan bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Radio Televisyen Serbia (RTS) diadakan di Belgrade pada Selasa, sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke negara itu.  

Naib Perdana Menteri Serbia, Aleksandar Vulin ketika berucap pada majlis pelancaran sesi itu berkata, sejak ikatan diplomatik China-Serbia dijalin lebih 60 tahun dahulu, persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara berkembang baik dan semakin diperkukuh, manakala hubungan dua hala semakin ditingkatkan melalui pertukaran rakyat dengan rakyat. 

“Serbia bersedia bersama-sama media dari China termasuk CMG, merapatkan komunikasi dan kerjasama, menyebarkan cerita mengenai kerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua negara, dan mengekalkan trend perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara,” kata Vulin.

Presiden CMG Shen Haixiong pada majlis itu berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, CMG telah mengadakan kerjasama dengan beberapa media arus perdana dari Serbia, bersama menerbitkan program dokumentari serta mengadakan “musim tayangan program China” di negara itu. 

“CMG akan bekerjasama lebih erat dengan Jabatan Perhubungan Media Istana Presiden Serbia, akhbar, radio dan televisyen Serbia dalam bidang yang lebih luas. 

“Kami berharap saluran pertukaran kebudayaan kedua-dua negara dapat diperluas lagi bagi menyuntik momentum baharu kepada komuniti berkongsi nasib China-Serbia,” kata Shen. 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version