Home Berita MCI MDEC Sasar Jana Eksport Digital Bernilai RM250 Juta Menerusi Platform DEX Connex...

MDEC Sasar Jana Eksport Digital Bernilai RM250 Juta Menerusi Platform DEX Connex Indonesia

JAKARTA, 8 Mei – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjangkakan platform padanan perniagaan terbaharunya, DEX Connex Indonesia menjana peluang eksport digital bernilai RM250  juta.

MDEC telah memadankan lebih 70 syarikat teknologi Malaysia dengan rakan sejawatan Indonesia, yang menyumbang secara ketara kepada pertumbuhan ekonomi digital dalam ASEAN.

“Platform DEX Connex ini penting bagi peserta kedua-dua negara untuk melibatkan diri, mengembangkan rangkaian mereka dan mempamerkan kehebatan teknologi Malaysia,” kata MDEC dalam satu kenyataan hari ini.

Program ini merupakan usaha bersama melibatkan kedutaan Malaysia di Jakarta, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, MATRADE Jakarta, Malaysia Club Jakarta, HUB.ID, XCION, Digital Hub BSD City dan Sinarmas Land.

Inisiatif ini turut melibatkan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) antara syarikat, iaitu ReSkills dari Malaysia dan JCI dari Indonesia, dengan sasaran membantu golongan belia meningkatkan kemahiran, memajukan kerjaya mereka dan meneruskan usaha niaga keusahawanan dengan peluang pembelajaran yang diperakui secara global.

Di samping itu, CTAPPS MSC Sdn Bhd bersetuju menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan ICT yang dipertingkatkan kepada PT Primedia Armoekadata Internet, yang memfokuskan untuk meningkatkan penglibatan pelanggan organisasi dan perniagaan Indonesia.

MOU itu turut melibatkan penubuhan anak syarikat PT Inovasi Multimedia Indonesia oleh Innoveam Sdn Bhd, dengan pegangan kepentingan sebanyak 70 peratus, sekali gus menandakan penglibatan rasminya sebagai kuasa serantau dalam penyelesaian digital berasaskan 3D untuk aplikasi perindustrian.

WAHDAH Technologies Sdn Bhd pula melantik PT Domo Manajemen Grup (Dokter Mobil) sebagai rakan kongsi bengkelnya, bagi menyokong perniagaan kumpulan penyewaan keretanya di seluruh Indonesia.

Syarikat teknologi lain termasuk IFCA MSC Bhd dan Five Pillars Hospitality, Bateriku (M) Sdn Bhd dan PT Bateriku Technologies Indonesia, iBiZZCLOUD Sdn Bhd dan PT Andalan Software Indonesia, NEXAGATE dan TELIN, MAP2U Sdn Bhd dan PT Das Map, serta PureTech Global Sdn Bhd dan PT Funtastik Solusi Indonesia.

Sementara itu, syarikat teknologi yang bertukar memorandum perjanjian termasuk Moovby dan AirAsia Indonesia, Orlig Sdn Bhd dan PT Inter Asia Teknologi, MyAone dan PT Anakkumatahatiku serta PT Ingatan Gajah serta penyelesaian flexHR dan PT Amindoway Jaya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version