Home Berita Lain Memangkin Hubungan China-Hungary Berkembang Mengikut Landasan Cepat

Memangkin Hubungan China-Hungary Berkembang Mengikut Landasan Cepat

BEIJING, 8 Mei – China dan Hungary merupakan sahabat sejati, rakan kerjasama dan kawan yang saling belajar dalam tempoh masa 75 lalu sejak terjalinnya hubungan diplomatik. Kedua-dua negara yang teruja dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik ini telah mendorong hubungan dua hala berkembang ke tahap yang paling baik dalam sejarah.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping melalui satu artikelnya yang berjudul ‘Bersama-sama Memangkin Hubungan China-Hungary Berkembang Mengikut Landasan Cepat’ yang diterbitkan di akhbar Magyar Nemzet pada Hari ini, bertepatan dengan lawatan rasmi yang bakal dibuatnya ke Hungary.

“Saya berharap melalui lawatan kali ini mengembangkan terus persahabatan tradisional dengan Hungary, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan, dan mendorong perkongsian strategik China-Hungary berkembang ke satu tahap baharu, ” kata Xi.

“Diharapkan bahawa kedua-dua pihak mengukuhkan dasar politik dalam hubungan dua hala, teguh menyokong kepentingan teras milik negara masing-masing, mempertingkat penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan negara masing-masing, dan bertindak pantas menambah elemen baharu kepada kerjasama bilateral yang dapat dimanfaatkan pembangunan berkualiti di negara masing-masing,“ ujar Xi.

“Kedua-dua pihak dikehendaki memainkan peranan sebagai peneraju dalam memacu kerjasama serantau khususnya memangkin agenda pemerkasaan kerjasama antara China dengan negara Eropah Tengah dan Timur.

“Pada saat memulakan kemaraan baharu dalam era baharu ini, China berharap terus menyuburkan persahabatan dengan kawan kawan di Hungary, dan membuka lembaran kerjasama baharu demi masa depan rakyat kedua-dua negara yang cerah,” tambah Xi.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version