Home Berita MCI TPM Fadillah terima kunjungan ahli-ahli majlis Persatuan Usahawan China di Malaysia

TPM Fadillah terima kunjungan ahli-ahli majlis Persatuan Usahawan China di Malaysia

PUTRAJAYA, 8 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Selasa menerima kunjungan hirmat ahli-ahli majlis Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) di pejabatnya di sini.

Delegasi PUCM diketuai Presidennya Datuk Keith Li.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli Majlis itu mengenai cara mempertingkatkan kerjasama antara Malaysia dan China terutama berkaitan teknologi pintar dan bidang lain yang memopunyai kepentingan bersama.

Semasa pertemuan itu, Li menyampaikan senaskhah buletin rasmi PUCM iaitu “Malaysia-China Insight” kepada Timbalan Perdana Menteri.

Li juga memberi penerangan kepada Fadillah berhubung Pameran Perdagangan dan Kebudayaan Industri Pintar China (CSITE) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Mei ini. Juga berlangsung ialah jamuan makan malam meraikan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia dan China.

Li juga merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri atas sokongan dan bimbingan bermakna yang diberikan kepada PUCM.

Fadillah mengalu-alukan kunjungan wakil-wakil PUCM itu sambil menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam menggalakkan kerjasama persahabatan antara Malaysia dan CHina.

Beliau menzahirkan harapan agar Pameran Perdagangan dan Kebudayaan Teknologi Pintar China dan majlis jamuan malam akan berjalan dengan jayanya.

Ahli-ahli Majlis PUCM yang hadir semasa pertemuan itu ialah ENcik Fu Li, Naib Presiden China Mobile, Encik Li Zhiquang dari China Telecom, Encik Feng Jianghua dari China Unicom,  Encik Wenli Wei dari Dahua Technology dan Encik Wang Wenyang dari Perkhidmatan Komunikasi China. 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version