Home Berita Lain Sesi Pertukaran Kemanusiaan China-Hungary Diadakan di Budapest

Sesi Pertukaran Kemanusiaan China-Hungary Diadakan di Budapest

Bersempena dengan lawatan Presiden China Xi Jinping ke Hungary, sesi pertukaran kemanusiaan memperingati ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara diadakan di Budapest pada Rabu. 

Sesi pertukaran tersebut anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Yayasan Sokongan Media dan Pengurusan Aset Hungary (MTVA). 

Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada sesi tersebut berkata, Hungary merupakan rakan dan sahabat baik China dari Eropah. 

“Pada beberapa tahun ini, pertukaran lawatan rakyat antara kedua-dua negara semakin ditingkatkan, lebih-lebih lagi persefahaman dan persahabatan dalam generasi muda semakin rapat.

“CMG komited untuk menyumbang kepada peningkatan hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara, mengadakan kerjasama yang lebih meluas dengan MTVA dan badan media dari Hungary,” kata Shen. 

Beliau menjelaskan bahawa media kedua-dua negara akan berkolaborasi untuk menerbitkan program televisyen termasuk “Pandang ke China”, “Kelas Perubatan Tradisional China”, dokumentari memperinati ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Hungary, dan sebagainya. 

Sesi pertukaran kali ini juga menyaksikan pelancaran beberapa program termasuk “Peluang China” di Hungary, serta projek kerjasama CMG dengan Akademi Muzik Liszt.

Yang turut hadir pada sesi tersebut adalah bekas Presiden Hungary Pál Schmitt, bekas Perdana Menteri Hungary Péter Medgyessy, Presiden MTVA Dániel Papp serta pegawai-pegawai lain.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version