Home Berita MCI China, Vietnam Lepaskan Anak Hidupan Akuatik ke Teluk Beibu

China, Vietnam Lepaskan Anak Hidupan Akuatik ke Teluk Beibu

BEIJING, 10 Mei – Jabatan berkenaan dari China, Vietnam bersama-sama melepaskan kira-kira 128 juta ekor anak hidupan akuatik ke perairan Teluk Beibu di kuala Sungai Beilun bandar Dongxing di wilayah Guangxi, selatan China pada Khamis.

Jumlah anak hidupan akuatik yang dilepaskan kali ini merupakan yang terbanyak dalam sejarah aktiviti berkenaan. 

Siri aktiviti itu bertujuan untuk meningkatkan sumber dan jumlah spesies hidupan akuatik di perairan terbabit, memelihara sumber biologi akuatik dan mengekalkan keseimbangan ekologi perairan, menggalakkan kerjasama antara China dan Vietnam dalam bidang perikanan, menjana pendapatan nelayan, sekali gus memacu pembangunan mampan perikanan serantau.

Untuk rekod, China dan Vietnam pernah menjalankan aktiviti pelepasan anak hidupan akuatik sebanyak tujuh kali dengan melepaskan sejumlah lebih 354 juta ekor ke Teluk Beibu. 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version