BEIJING, 27 Sept — Pejabat Penerangan Majlis Negeri China pada Jumaat mengeluarkan kertas putih bertajuk “China dan Dunia dalam Era Baharu,” lapor agensi berita Xinhua.

Selain kata pengantar dan kesimpulan, kertas putih itu mempunyai empat bahagian antaranya mengenai “China Has Found a Development Path Suited to Its Actual Conditions” dan “China’s Development Is an Opportunity for the World.”.

Menurut kertas putih berkenaan “China telah memasuki era pembangunan baharu. China kini memberi impak menyeluruh kepada dunia dan dunia turut memberikan tumpuan yang lebih banyak kepada China,” katanya.

Tahun 2019 menandakan ulang tahun ke-70 penubuhan China.

Menurut kertas putih itu, selama 70 tahun lalu, di bawah pimpinan Parti Komunis China (CPC), China telah menyaksikan perubahan besar dan melalui proses pembangunan luar biasa.

China juga kini negara ekonomi kedua terbesar dunia, menyediakan keperluan material hampir 1.4 bilion orang.

Kertas putih itu menyatakan China kekal negara paling berkembang di dunia, dengan populasi penduduk teramai dan keperluan asas masih perlu diperkukuh.

“Beberapa asas di China masih tidak berubah, oleh itu China masih menghadapi cabaran besar. Banyak lagi yang perlu dilakukan negara itu.”

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here