KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Konflik Amerika Syarikat (AS)-China berpotensi meningkatkan lagi integrasi ASEAN, katanya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata integrasi ASEAN boleh berlaku dalam tiga cara, misalnya, apabila syarikat China datang untuk melabur di Asia Tenggara (SEA), mereka juga akan mengeksport ke negara SEA yang lain, sekali gus meningkatkan aliran perdagangan antara ASEAN.

“Keduanya, syarikat AS dan China mungkin mahu menjadi rakan kongsi atau menghubungkan sebahagian rantaian bekalan mereka (dengan syarikat) di ASEAN.

“Ketiganya, vendor tempatan di bawah inisiatif Jalur dan Jalan juga boleh mengeksport dalam ASEAN kepada syarikat China yang lain,” katanya kepada pemberita di luar acara Forum Kemakmuran ASEAN, anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), hari ini.

Sehubungan itu, konflik antara dua kuasa ekonomi itu dapat meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara ASEAN, kata Ong.

IDEAS juga telah mengeluarkan Laporan Integrasi ASEAN 2019 yang menilai hasil integrasi ASEAN dengan menggunakan satu set pertunjuk ekonomi sebagai penilaian luaran terhadap pelaksanaan Pelan Induk Ekonomi ASEAN 2025.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here