SERI KEMBAGAN: Malaysia menggesa lebih banyak kerjasama dengan China untuk meningkatkan sektor pengangkutan, terutamanya dalam pmebangunan pelabuhan dan perkapalan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, berkata lebih banyak pelaburan daripada syarikat dari republik itu bukan hanya akan meningkatkan rangkaian maritim antara kedua-dua negara tetapi juga hubungan perdagangan, perniagaan dan pelancongan.

“Ia penting bagi kita untuk bersaing dengan negara-negara jiran.

“Saya ingin melihat dan melakikan yang terbaik untuk memastikan pembangunan pelabuhan kita terus berkembang dan kami mahu menjadikan Pelabuhan Klang sebagai antara hab paling penting bukan hanya di Asia Tenggara, tetapi juga di dunia,” katanya dalam ucapan pada Malam Persahabatan Malaysia-China di sini, malam tadi.

Turut hadir pada acara itu yang diadakan sempena ulang tahun ke 45 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ialah Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian dan Duta Khas Malaysia ke China Tan Kok Wai.

Loke berkata, kerjasama itu turut dilihat sebagai meneruskan ‘kesepakatan pelabuhan’ Malaysia-China yang dijalin empat tahun lalu.

Sementara itu, Tan dalam ucapan berkata Malaysia akan menumpukan kepada menarki lebih ramai pelancongan China ke Malaysia pada tahun depan.

“Tahun depan adalah Tahun Pelancongan Kebudayaan Malaysia-China 2020, hubungan antara kedua-dua negara akan memulakan era baharu dan memasuki pencapaian baharu.

“Ini berdasarkan usaha yang tanpa henti kedua-dua negara, hubingan tersebut telah mencapai hasil yang paling poduktif dalam sejarah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here