BEIJING, 6 Feb — Pengawas Internet China telah mengambil tindakan terhadap beberapa laman web, aplikasi mudah alih dan akaun media sosial kerana menyiarkan kandungan yang melanggar peraturan mengenai wabak novel koronavirus, lapor agensi berita Xinhua. 

Di bawah seliaan Pentadbir Ruang Siber China (CAC), beberapa pengawas Internet tempatan telah mengeluarkan aplikasi mudah alih daripada App Store, kata CAC pada Rabu.

Ia termasuk laman web Baidu yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana gagal mengendalikan kandungan yang melanggar peraturan, dimuat naik oleh pengguna. Beberapa akaun media sosial juga dikenakan tindakan kerana menyebarkan maklumat palsu, menurut CAC.

CAC berikrar untuk meningkatkan kerja-kerja pemantauan oleh pengawas Internet, menggesa mereka dan platform dalam talian bersama memikul tanggungjawab dalam memerangi wabak koronavirus.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here