KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Agrobank telah melancarkan langkah untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana dalam industri pertanian untuk menangani kesan wabak koronavirus terhadap kewangan mereka.

Ini adalah reaksi kepada penganalisis kewangan dan syarikat penarafan yang memberi amaran kepada ketidaktentuan pasaran dalam ekonomi global.

Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (P/CEO) Khadijah Iskandar berkata, "Kami menghargai hubungan jangka panjang kami dengan pelanggan dan sentiasa bekerja rapat dengan mereka untuk menyokong keperluan kewangan mereka dalam keadaan yang berbeza. Kami akan bekerjasama dengan mereka untuk menyemak keadaan semasa mereka dan mengenal pasti penyelesaian yang sesuai."

"Di samping itu, kami akan menawarkan langkah penangguhan sementara untuk membantu pelanggan kami. Langkah penangguhan sementara ini bergantung kepada keperluan perniagaan mereka dan akan ditentukan berdasarkan kepada kes semasa mereka," tambahnya.

"Kami percaya langkah-langkah ini akan membantu mengurangkan tekanan kewangan pelanggan kami yang terkesan oleh wabak ini dan sekaligus dapat membantu mereka melalui waktu yang sukar ini," katanya lagi.

Agrobank telah mengekalkan dialog berterusan dengan perniagaan untuk memahami bagaimana keadaan ekonomi mungkin mempengaruhi keadaan kewangan mereka.

Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan pelanggan bank di 1-300-88-2476 atau kunjungi cawangan terdekat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut akan bantuan yang boleh diberikan.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Ketua Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / +6019-2258210
E-mel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Nama: Shahreen Rahim
Ketua Seksyen Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1660) / +6012 943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

--BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here