Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Berikut adalah biodata Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin: 

Nama : Tan Sri Mahiaddin Md Yasin @ Muhyiddin Yassin

Isteri : Puan Sri Noorainee Abdul Rahman

Tarikh Lahir: 15/05/1947 (72 tahun)

Tempat Lahir: Muar, Johor Darul Tak’zim

Nama Anak : 1. Fakhri Yassin

                       2. Nabilah  

                       3. Najwa 

                       4. Farhan Yassin 

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan Maharani di Muar, Johor

Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar, Johor

Sekolah Tinggi Muar, Johor 

B.A. (Hons) (Economics & Malay Study) Universiti Malaya (UM)

Politik

Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal sejak 1978

ADUN Bukit Serampang (1986-1995)

ADUN Gambir (2018 sehingga kini)

Kerjaya:

1970 – Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor 

1974 – Penolong Pegawai Daerah Muar 

1978 – Pertama kali dipilih menjadi wakil rakyat apabila memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada         Pilihan Raya Umum kelima

1981 – Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri

1982 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

1983 – Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri

1986 – 1995  Menteri Besar Johor ke-13

1993 – 1996  Naib Presiden UMNO

1995 – 1999  Menteri Belia dan Sukan

1999 – 2004  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

2000 – 2007  Naib Presiden UMNO

2004 – 2008  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2008 – 2009  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 

2009 – 2015  Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan

2015 – Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (UMNO-BN)

2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO

2016 – Mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai Presiden

2018 – Pengerusi, Pakatan Harapan Negeri Johor 

         – Menteri Dalam Negeri (di bawah kerajaan Pakatan Harapan)

2020 – Dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan

Kegiatan Kemasyarakatan:  

1986 – 1995  Yang Dipertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor  

1986 – 1996  Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor

2002 – Pengasas Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf Foundation

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here