PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) — Sebanyak 10 juta topeng muka daripada China akan dibawa masuk secara berfasa bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara berikutan penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China dan urus kerja untuk membawa masuk bekalan sedang diurus Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama syarikat penerbangan.

“Kami sedang muktamadkan di bawah Kementerian Pengangkutan… akan bermula secepat mungkin… urusan sudah dimuktamadkan, fasa pertama, berapa banyak dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here