KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Memandangkan orang ramai terpaksa ‘terperap’ di dalam rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majoriti memilih media sosial untuk hiburan dan saling berhubungan.  

Tidak dapat dinafikan, pengendali aplikasi media sosial TikTok adalah antara aplikasi yang menjadi pilihan terutama sejak wabak COVID-19 bermula yang mengamalkan jarakan sosial, membawa keluarga lebih dekat bersama melalui platform digital.   

Platform perkongsian video pendek itu sememangnya membantu golongan muda untuk menghabiskan masa, tetapi bimbingan ibu bapa sangat penting dalam penggunaannya.

TikTok baru-baru ini memperkenalkan ciri baharu, Family Pairing membolehkan ibu bapa dan remaja menyesuaikan tetapan keselamatan mereka berdasarkan keperluan individu serta membolehkan ibu bapa membuat pautan akaun TikTok dengan anak remaja mereka.

Dalam kenyataan hari ini, TikTok berkata ciri itu membolehkan ibu bapa untuk menetapkan kawalan termasuk pengurusan masa skrin, mod terhad untuk menyaring kandungan dan mengehadkan atau mengawal pemesejan langsung akaun yang disambungkan. 

Donny Eryastha, Ketua Dasar Awam TikTok (Indonesia, Malaysia dan Filipina) berkata ramai pengguna mula membuat kandungan pada usia 16 tahun dan telah diperkenalkan kepada pelbagai pilihan aplikasi untuk dimuat turun, menjadikan masa kritikal bagi pengguna dan keluarga untuk belajar mengenai literasi digital dan tingkah laku dalam talian pintar.

“TikTok memahami perkara ini dan telah memperteguh ciri keselamatan platform kami dengan Family Pairing. Family Pairing meningkatkan alat keselamatan kami dan melengkapkan kerja kami untuk memberikan akses yang lebih besar ke ciri produk ketika pengguna menjangkau tonggak utama untuk literasi digital.

“Ia adalah sebahagian usaha berterusan kami menawarkan kemampuan yang lebih baik kepada ibu bapa untuk membimbing pengalaman dalam talian remaja mereka sambil memberi masa untuk mendidik tentang keselamatan dalam talian dan kewarganegaraan digital,” katanya.   

Donny berkata TikTok komited untuk menawarkan maklumat pandangan kepada ibu bapa, mengawal dan bagaimana anak-anak mereka menggunakan TikTok serta membantu memudahkan perbualan penting dalam keluarga mengenai navigasi platform digital yang bertanggungjawab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here