PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) — Sejumlah 99 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,762 kes, iaitu 65.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes yang dibenarkan discaj hari ini hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.

“Sehingga 25 April 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 51 kes baharu telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,742 kes. 

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,882 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 98 kes iaitu 1.71 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here