PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) — Kes baharu positif COVID-19 kembali catat tiga angka dengan 105 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,176 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 11 adalah kes import manakala 94 lagi merupakan kes penularan tempatan.

“Sebanyak 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Seramai 31 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,747 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here