KUALA LUMPUR, 9 Jun — Semua perkhidmatan rel iaitu Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel di bawah kendalian Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid KL) akur dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan polisi operasi dengan mengekalkan jarak sosial di dalam tren.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan polisi itu masih diteruskan sehingga satu keputusan baharu dibuat oleh pihak kerajaan.

“Sehubungan itu kami menyeru kepada semua penumpang yang akan kembali bekerja pada 10 Jun diharap dapat mematuhi polisi yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dengan pasukan Rapid KL yang bertugas di stesen,” menurut Prasarana.  

Berikutan bilangan penumpang yang dijangka akan bertambah, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here