JOHOR BAHRU, 29 Jun — Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini terus berkurangan pagi ini kepada 129 orang daripada 35 keluarga, berbanding 145 orang (40 keluarga) pada tengah hari semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata, kesemua mangsa ini ditempatkan di dua PPS di Muar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Menanti dan SK Orang Kaya Ali.

“SK Seri Menanti menempatkan seramai 80 orang daripada 22 keluarga dari Kampung Seri Menanti dan SK Orang Kaya Ali pula menempatkan 49 mangsa (13 keluarga) dari Kampung Sungai Sarang Buaya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here