PUTRAJAYA, 10 Julai — Jumlah maksimum peserta atau pengunjung di majlis agama, sosial dan rasmi akan diselaras mengikut kapasiti ruang tertakluk kepada jarakan sosial bermula 15 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersetuju had 250 orang yang putuskan sebelum ini ditimbang semula.

“Setakat ini kita hadkan tetamu untuk majlis kahwin sebagai contoh adalah seramai 250 orang dan jemaah masjid (serta penganut bukan Islam) seramai satu pertiga daripada kapasiti masjid dan rumah ibadah bukan Islam.

“Jadi untuk menyamaratakan semua sekali, kita bersetuju had tetamu dan peserta adalah berdasarkan keluasan sesuatu tempat dengan syarat ada penjarakan sosial sejauh satu meter,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu hari ini.

Beliau memberi contoh bagi sebuah dewan berkapasiti 1,000 orang akan dapat memuatkan 800 individu berdasarkan pelaksanaan jarakan sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here