KUALA LUMPUR, 13 Julai — AirAsia bekerjasama dengan Ormond Group menawarkan pakej baharu tawaran bersama hotel (Hotel Bundle Deals) dengan penjimatan sepanjang tahun hingga 50 peratus dalam usaha menyokong permintaan tempatan dan merancakkan semula perjalanan domestik.

Ormond Group merupakan antara penggiat industri hospitaliti.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkata AirAsia memahami wujudnya permintaan pelancongan yang semakin meningkat dan pada masa sama, para pengguna mencari tawaran bernilai lebih hebat.

“Kami juga telah bekerjasama dengan pengusaha hotel tempatan untuk merangsangkan permintaan perjalanan melalui SNAP, platform tempahan penerbangan dan penginapan kami di samping kerjasama dengan Ormond Group untuk tawaran berserta hotel sebagai tambahan kepada inisiatif tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan pelancaran Pas Tanpa Had AirAsia yang mendapat sambutan, tawaran ini dijangka terus memacu pelancongan domestik.

Antara tawaran yang tersedia termasuk pakej ‘Domestic Frequent Traveller’ pada RM499, pakej ‘The Chow Kit Den’ pada RM699, pakej ‘The Chow Kit Suite’ berharga RM799 serta pakej ‘Tune KLIA2 Frequent Flyer’ pada RM899.

Ia boleh ditempah di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (menerusi ikon Deals) dari sekarang sehingga 30 Sept, 2020, dan penginapan hotel boleh ditebus sehingga 30 Jun, 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here