JOHOR BAHRU, 18 Ogos: Menyedari kesukaran sesetengah pengguna yang merentas sempadan di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) di Tambak Johor, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menyediakan perkhidmatan bas bagi membantu pejalan kaki di laluan berkenaan bermula petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Insfrastruktur negeri Mohd Solihan Badri berkata, perkhidmatan yang bermula pukul 5.00 petang semalam disediakan setelah pihaknya membuat penyelarasan, iaitu membabitkan operator bas, PLUS Malaysia Bhd (Plus), polis, imigresen dan agensi yang terlibat.

“Perkhidmatan bas ini mula disediakan pada pukul 5.00 petang tadi, kebetulan keadaan hujan dan bas berjaya membawa 3 penumpang.

“Namun, setakat pukul 6.00 petang didapati tiada lagi pejalan kaki kelihatan dari arah Singapura ke Johor, mungkin mereka masih berteduh di tempat pemeriksaan kastam di republik itu,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Solihan berkata, perkhidmatan bas akan disambung semula esok dan kekerapan perjalanan adalah bergantung kepada jumlah pejalan kaki yang menggunakan Tambak Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here