KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Keputusan bagi “Pertandingan Karangan Ringkas untuk Malaysia-China Lawan COVID-19 Tenaga Positif Tahun  2020” telah diumumkan hari ini. Sebanyak 116 hasil esei berjaya menarik para panel hakim dan dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan ini. Karangan-karangan ini menyebarkan tenaga positif dan memberi sokongan moral kepada negara kita  yang sedang melawan COVID-19. 

Majlis anugerah talian online khas untuk “Pertandingan Karangan Ringkas untuk Malaysia-China Lawan COVID-19 Tenaga Positif telah diadakan pada hari ini dan 116 pemenang diumumkan secara rasmi. 

Antaranya, peserta Ren Chunya memenangi hadiah pertama dengan karangan bertajuk “Lagu Perang” yang berjaya menarik hati para panel hakim. Pemenang hadiah kedua adalah Kan Sung Chin bertajuk “Melawan Wabak Bersama” dan Yan Tao yang bertajuk “Malaysia China melawan wabak”. Hadiah ketiga dimenangi oleh peserta Chung Mei Yun bertajuk “Hati Wabak”, Tan Soo Kon bertajuk “Tujuh Puisi” dan Chiew Mui Kheng bertajuk “Bekerjasama”. Selain itu, sebanyak 10 karangan cemerlang telah dipilih memenangi hadiah khas, dan 100 esei dipilih memenangi hadiah umum.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysian Chinese Culture and Art Association dan China Entrepreneurs Association in Malaysia ini telah menerima sambutan yang hebat sejak diumumkan pada 25 hb Mei yang lalu dan sebanyak 500 buah karangan ringkas telah diterima. Pertandingan ini berhasrat untuk menyebar tenaga positif dalam usaha melawan wabak di Malaysia dan China serta menggalak rakyat berganding bahu melawan wabak bersama-sama.

Selepas tempoh pertandingan tamat, panel hakim yang dilantikan oleh jawatan kuasa khas pertandingan telah menjalankan tugas mereka secara professional dan tegas dalam tempoh masa kurang daripada dua bulan. Sebanyak 116 karangan ringkas cemerlang telah dipilih. Para panel hakim terdiri daripada Chiang Hee Tze, Pengarah bahagian bahasa Cina BERNAMA, Ch’ng Soo Chau, Setiausaha Agong kepada Malaysia-Chinese Culture and Arts Association , Wong Kim Swee, Bendahari kepada Malaysia-Chinese Culture and Arts Association , Peguam Kanan Lee Sok Wah, dan Cheng Khee Chien, Ketua Pengarah ” Malaysia-China Insight “.

Dato’ Sri Chong Chin Fung and Dato Li Zhongping memuji semua ahli jawatankuasa khas dan panel hakim yang sudi meluangkan masa untuk menganjurkan pertandingan ini. Zhang Jiexi, the Director of the China Cultural Centre in Kuala Lumpur , Dato’ Sri Chong Chin Fung, naib presiden kepada Malaysia-China Culture and Art Association , Dato Li Zhongping, Pengerusi kepada China Entrepreneurs Association in Malaysia, Naib Pengerusi China Entrepreneurs Association in Malaysia Tan Tianliang, Naib Pengerusi China Entrepreneurs Association in Malaysia Shen Xiaoxue ,Ch’ng Soo Chau, Setiausaha Agong kepada Malaysia-Chinese Culture and Arts Association , Wong Kim Swee, Bendahari kepada Malaysia-Chinese Culture and Arts Association, Tan Kiak Soon, Ahli jawatankuasa kepada Malaysia-Chinese Culture and Arts Association dan Lee Sok Wah turut menyertai majlis talian online hari ini.

Hadiah Pertandingan:

Hadiah Pertama (1 pemenang): RM 2,000

Hadiah Kedua (2 pemenang): RM 1,500 

Hadiah Ketiga (3 pemenang): RM 1,000 

Hadiah Khas (10 pemenang) : RM 500

Hadiah Umum (100 pemenang) : cenderamata

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here