KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang mengumumkan peletakan jawatannya semalam sebagai tokoh berwawasan serta dikenali kerana peranannya dalam meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Muhyiddin menerusi catatan Facebook hari ini berkata sepanjang pentadbiran Abe, hubungan Malaysia -Jepun bukan sahaja bertambah erat, bahkan turut meneroka banyak peluang kerjasama baharu. 

“Hubungan ASEAN dan Jepun juga mencatat banyak pencapaian bermakna di bawah kepimpinan beliau,” katanya. 

Muhyiddin berkata peletakan jawatan Abe mengejutkan banyak pihak termasuk rakyat Malaysia, dan mendoakan agar kesihatan tokoh itu akan kembali pulih. 

Media antarabangsa semalam melaporkan Abe, 65, meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri atas faktor kesihatan. 

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here