PUTRAJAYA, Sept 10: Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi memastikan tiada gangguan bekalan air berlaku di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Beliau berkata, cadangan penubuhan badan itu sudah dibawa ke mesyuarat Kabinet semalam dan kajian kini dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Saya fikir kita tidak harus selamanya bergantung kepada pengurusan air di Selangor. Untuk jangka panjang, (Wilayah Persekutuan) perlu ada pengurusan air sendiri,” katanya selepas menghadiri program Bubur Asyura di Surau An-Najah semalam.

Beliau berkata, pelbagai manfaat akan diperolehi jika Wilayah Persekutuan mempunyai badan pengurusan air sendiri.

“Dengan adanya badan ini, kami boleh menguruskan konsesi air sendiri, malah membeli air mentah atau memproses air kerana di Wilayah Persekutuan (ada) banyak sumber air seperti tasik dan sungai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here