PETALING JAYA, 14 Sept: Keputusan PAS tidak bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah tidak bermakna parti Islam itu “bersara” daripada politik di Malaysia Timur.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, ia adalah langkah sementara bagi mengelak berlakukan banyak pertembungan sesama sendiri dalam pilihan raya itu yang akhirnya menguntungkan pihak lawan.

“Ia dibuat setelah PAS mengadakan perbincangan hati ke hati atas solidariti pembangkang dengansemua parti yang ada di Sabah iaitu Barisan Nasional (BN), PPBM, Star, PBS dan SAPP,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, PAS tetap menggerakkan jentera pilihan rayanya atas kapasiti tidak bertanding bagi memastikan semua pengundi parti itu keluar menyokong calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, parti itu memberi laluan kepada rakan dalam gabungan PN bagi memastikan pertandingan 2 penjuru dalam PRN Sabah.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memelihara permuafakatan yang terjalin selain mengambil kira implikasi politik pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here