KUALA LUMPUR, 2 Okt — Presiden Donald Trump hari ini berkata beliau dan isterinya, Melania Trump, didapati positif COVID-19.

Dalam akaun Twitternya, Trump mengatakan beliau dan isteri akan menjalani kuarantin. 

“Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya positif COVID-19. Kami akan segera memulakan proses pemulihan dan kuarantin. Kami akan dapat mengharunginya BERSAMA!,” tulis Trump di Twitter. 

Terdahulu, Trump menerusi Twitter mengesahkan seorang daripada pembantunya Hope Hicks disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Xinhua.

Hicks, 31, mengiringi presiden semasa dalam penerbangan untuk menghadiri kempen di Minnesota pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here