KUALA LUMPUR, 7 Okt — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan negatif COVID-19 selepas membuat ujian swab COVID-19 pada Isnin.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau Zulkifli Bujang ketika dihubungi Bernama .

Hamzah merupakan antara anggota kabinet yang menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu lepas, yang turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang kemudiannya disahkan positif COVID-19.

 Berikutan itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa semua kontak rapat termasuk menteri Kabinet yang hadir di mesyuarat berkenaan, diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari 3 Okt, selain turut dipakaikan gelang pengawasan.

Muhyiddin juga memaklumkan beliau sendiri menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang turut hadir pada mesyuarat MKN itu juga, terpaksa menjalani kuarantin rumah. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here