KUALA LUMPUR, 24 Okt — Celcom Axiata Bhd akan menawarkan produk terbaharu daripada Apple, termasuk Apple Watch Series 6 (GPS + Cellular) dan Apple Watch SE (GPS + Cellular), yang tersedia untuk pembelian di Celcom.com dan di lokasi runcit Celcom.

Dalam satu kenyataan hari ini, Celcom berkata pelanggan kini boleh membeli Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE baharu menerusi pelan ansuran 24 bulan Celcom, EasyPhone.

“Untuk menikmati ciri-ciri selular Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE, pelanggan boleh mendaftar dengan Celcom NUMBERshare,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Idham Nawawi berkata, pelanggan kini dapat menikmati pelan yang berpatutan untuk kedua-dua Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE berserta GPS + Cellular, menjadikannya lebih mudah untuk tetap terhubung dan selamat sepanjang masa, dengan rangkaian 4G LTE terluas Celcom.

“Kami tahu pelanggan kami akan menyukai Apple Watch Series 6 baharu, yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan dan memberikan keupayaan kesihatan yang hebat melalui aplikasi terkini Oksigen Darah (SpO2) Apple,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here