PUTRAJAYA, 31 Okt — Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 yang lulus dan status pembayaran adalah gagal kredit boleh mengemas kini semula maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal GKP di https://gkp.hasil.gov.my mulai esok (1 Nov) sehingga 14 Nov.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata pemohon perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon atau nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, kata LHDN dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/03-8911 1100 (luar negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here