PETALING JAYA, 4 Nov: Keadaan industri pelancongan bahkan yang lain-lain juga yang terkesan dengan pandemik boleh diperbaiki bukan sahaja tanpa perlukan peruntukan kerajaan malah menyumbang kepada pertambahan dana, jika dirancang dengan mengambil kira SOP wabak Covid-19, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika melaporkan situasi ekonomi di kawasannya, Langkawi, kepada Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, walaupun Langkawi dikategorikan bebas Covid-19, namun kehadiran pelancong semakin berkurangan.

“Sebenarnya terdapat banyak cara dan cadangan untuk memperbaiki ekonomi Langkawi. Tetapi setakat ini kebenaran Kerajaan tidak dapat diperolehi. Mungkin ia disebabkan wabak Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here