BEIJING, 18 Nov– Presiden China, Xi Jinping menyatakan kesediaan pihaknya untuk mempercepat pembinaan hubungan rakan revolusi industri baharu BRICS bersama negara-negara terlibat.

Berucap pada Sidang Pemimpin ke-12 BRICS secara maya malam tadi, Xi berkata, China akan membina pangkalan inovasi bagi hubungan tersebut di bandar Xiamen, Fujian di tenggara negara ini untuk mengadakan kerjasama termasuk penyelarasan dasar, pendidikan tenaga profesional serta penerokaan projek.

Menurutnya, China juga akan memperkasakan permintaan domestik, meningkatkan pembaharuan serta mendorong inovasi sains dan teknologi bagi menambah dinamik pembangunan ekonomi dalam negeri.

Jelas Xi, pintu China bukan sahaja tidak akan ditutup, malah akan dibuka dengan lebih luas.

Xi turut menekankan China akan lebih aktif dalam pasaran global dan mempergiat kerjasama dengan negara-negara asing untuk menyediakan lebih banyak peluang serta ruang bagi pemulihan dan pembangunan ekonomi dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here