PETALING JAYA,Nov 25: Kumpulan kebajikan kakitangan syarikat penerbangan, Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM), menggesa kerajaan mengkaji semula kedudukan pengurusan Malaysia Airlines (MAB) sebelum menyuntik wang ke syarikat penerbangan itu.

Akhbar Nikkei Asia semalam melaporkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata pemegang saham tunggal syarikat penerbangan itu, Khazanah Nasional, ditugaskan untuk memastikan MAB “terus berada dalam posisi kuat bagi menyokong pemulihan ekonomi”.

Akhbar Edge Weekly minggu lepas melaporkan MAB mungkin cuba mendapatkan bantuan kewangan sehingga sebanyak RM2.1 bilion daripada Khazanah, selepas mengumumkan penstrukturan hutang bernilai RM16 bilion.

Nufam menyambut baik keputusan membantu syarikat penerbangan itu, tetapi tidak mahu MAB “salah guna wang pembayar cukai” kerana syarikat itu sudah kerugian berbilion ringgit sebelum wabak Covid-19.

“Kami mahu kerajaan teliti isu kerugian besar itu. Kami bangkitkan hal ini kerana ada isu kebertanggungjawaban,” katanya dalam kenyataan.

Kesatuan itu berkata “tidak adil” sekiranya kerajaan menyuntik wang ke dalam MAB “tetapi syarikat penerbangan itu mengekalkan orang yang bertanggungjawab ke atas kerugian itu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here