PUTRAJAYA, 10 Dis — Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba telah diperintahkan menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sehingga 18 Dis ini.

Dr Adham berkata perintah itu dikeluarkan setelah penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati beliau adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat pada Sabtu lepas yang didapati positif COVID-19 dan bergejala. 

“Sehingga tamat perintah HSO, saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan  melalui sidang maya,” katanya mengesahkan perkara itu dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Dr Adham berkata sesiapa pun tidak terkecuali daripada mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan COVID-19.

“Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan COVID-19. Mohon doakan semuanya selamat,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here