IPOH,Dec 11: PAS Perak memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah atas kekhilafan tidak menghadap selepas dititahkan pada 8 Dis lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, sehubungan itu PAS Perak akan mengutus surat memohon ampun dan maaf atas perkara tersebut.

Pada Selasa, ketika Istana Kinta memanggil parti politik menghadap berkenaan hal pelantikan menteri besar baharu Perak agar kerajaan baharu boleh dibentuk segera, PAS Pusat mengarahkan ketiga-tiga ADUNnya membatalkan pertemuan dengan Sultan Perak.

Tiada butiran lanjut di sebalik pembatalan itu, namun Razman memaklumkan mereka masih menunggu keputusan PAS Pusat mengenai sokongan kepada calon pilihan Umno, Saarani Mohamad.

Hal sokongan kepada menteri besar hanya selesai keesokannya, selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bertemu Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, dan Presiden Umno, Abdul Zahid Hamidi.

Sebelum itu, PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baharu di Perak susulan penyingkiran Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here