BEIJING, 14 Dis — Karnival beli-belah dalam talian 12 Disember, atau Karnival “12.12” sekali lagi memperlihatkan kuasa beli pengguna China yang tinggi.

Pakar berpendapat, ekonomi dalam talian membawa peluang baharu kepada pasaran pengguna di China yang dijangka terus menyaksikan lonjakan pada tahun depan.

Pengarah Pusat Penyelidikan Kerjasama Ekonomi Serantau di Kementerian Perdagangan China, Zhang Jianping berkata, pasaran pengguna di China semakin pulih sejak separuh kedua tahun ini.

Langkah-langkah berkesan seperti penganjuran karnival “11.11” atau “12.12” yang memberi tawaran diskaun lebih banyak berbanding hari biasa membangkitkan minat dan keghairahan pengguna.

Faktor terjejasnya banyak kedai fizikal susulan penularan wabak COVID-19 sejak awal tahun ini juga dilihat turut menyumbang lebih banyak peluang kepada pembangunan ekonomi dalam talian.

Zhang menyatakan China berjaya mengawal wabak itu dengan berkesan pada separuh pertama tahun ini, secara tidak langsung membantu sistem perniagaan masyarakat dan logistik domestik kembali pulih seperti biasa.

Platform e-dagang yang lebih efisien dan mudah juga merupakan penyumbang utama kepada peningkatan prestasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here