KUALA LUMPUR, 21 Dis — Unit milik penuh KSK Group Bhd, KSK Land Sdn Bhd telah memperoleh kemudahan bersindiket bernilai RM650 juta daripada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan  Bank Pembangunan Malaysia Bhd bagi menyiapkan pembangunan 8 Conlay Kempinski Hotel and Residences (Menara C).

Pembiayaan bersindiket itu bertempoh sehingga tujuh tahun ialah bagi membiayai kos pembinaan dan pembangunan 8 Conlay Kempinski Hotel and Residences berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land Joanne Kua berkata syarikat amat positif terhadap prospek industri hospitaliti selepas berakhirnya COVID-19, yang mana jenama berprestij serta nilai hotel mewah seperti Kempinski akan bertahan lama dalam kalangan pelancong yang arif mengenainya.

Beliau menambah sektor pengembaraan dan pelancongan akan menyaksikan pemulihan apabila 8 Conlay Kempinski Hotel and Residences siap pada 2023.

“KSK Land merupakan syarikat yang kukuh dan mempunyai sokongan kewangan yang diperlukan untuk terus bertahan pada masa hadapan. Memanfaatkan kekuatan ini akan membolehkan kami menarik individu bernilai tinggi yang ingin mengambil bahagiam dalam kelas aset harta berjenama,” kata Kua dalam satu kenyataan.

Menara C 8 Conlay Kempinski Hotel and Residences ialah sebahagian daripada pembangunan mewah bersepadu 8 Conlay.

Setakat hari ini, KSK Land telah menerima lebih daripada 80 peratus dan 40 peratus pengambilan, masing-masing untuk Menara A dan Menara B  YOO8, kediaman perkhidmatan berjenama yang diuruskan oleh Kempinski.

Sebaik sahaja siap, 8 Conlay akan memiliki menara kediaman berkembar berpintal tertinggi di dunia dengan jumlah keseluruhan 1,062 unit, termasuk lounge air di tingkat 26 dan tempat perlindungan hijau bertingkat di tingkat 44.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here