KUALA PERLIS, 20 Dis  — Kerajaan negeri Perlis menyasarkan empat hingga lima juta pelancong domestik singgah bercuti singkat di negeri itu tahun depan berikutan pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan negara.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Azman Mohd Yusof berkata keyakinan itu berdasarkan beberapa inisiatif yang dilaksanakan bersama-sama kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang, agensi kerajaan serta swasta.

“Sebelum ini, pelancong hanya lalu ke Perlis untuk ke Pulau Langkawi atau ke Thailand, namun sejak kebelakangan ini mereka mula jadikan Perlis sebagai salah sebuah destinasi utama,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran majalah pelancongan Citra Brasmana dan Brasmana Family Fun Splash, iaitu tarikan baharu Hotel Putra Brasmana di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Putra Brasmana Saiful Nizam Ahmad Nazri berkata sejak tarikan baharu itu diperkenalkan, pihak hotel menerima lebih 1,000 pengunjung pada setiap hari minggu.

Antara tarikan baharu yang terdapat di hotel berkenaan adalah Taman Dinosour,Family Fun Splash (taman tema air) dan Brasmana Foodtruck & Flea (BFF).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here