BEIJING, 9 Mac  — Kerajaan China telah meluluskan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara rasmi, dan berharap negara-negara lain yang terlibat dalam perjanjian itu  turut mengambil langkah yang sama.

Di samping itu, China akan membuka luas pintunya dengan piawaian kemasukan yang lebih mudah.

Demikian kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao sempena persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China pada Isnin.

Beliau berkata, pemeteraian RCEP menandakan pembentukan sebuah pasaran gergasi yang terdiri daripada sepertiga jumlah ekonomi global, penuh berpotensi dan dinamik.

Selain itu katanya, China telah membina satu mekanisme kerja yang khusus bagi penguatkuasaan RCEP.

Menurut Wang, tatkala kerajaan China telah meluluskan perjanjian itu, beberapa lagi negara anggota pula sedang mempercepat kelulusan perjanjian tersebut.

Justeru, beliau berharap negara-negara yang berkaitan dapat mempercepat proses kelulusan itu bagi membolehkan penguatkuasaan RCEP dilaksana secepat mungkin supaya ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai negara.      

Pada tahun ini, China akan terus membina iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, undang-undang dan  pasaran antarabangsa, supaya pelabur asing dapat berkongsi hasil pembangunan China secara mudah dan selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here