BEIJING, 22 Mac (Bernama) — Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China berkata  usaha pemvaksinan di negara Tembok Besar itu berjalan lancar dengan menyaksikan sejumlah 74.956 juta dos vaksin telah disuntik di seluruh negara setakat 20 Mac.

Jurucakap CDC, Mi Feng memaklumkan perkara itu dalam satu sidang media pada Ahad.

Sementara itu, Pegawai Pemeriksa CDC, He Qinghua berkata walaupun penularan wabak sudah dikawal dengan berkesan, namun situasi pandemik masih merebak di seluruh dunia.

“Pengambilan vaksin merupakan langkah paling berkesan untuk mencegah penularan wabak.

“Justeru, penting bagi semua orang untuk terus berwaspada terhadap pandemik kali ini dan mengambil  suntikan vaksin,”  ujar He.

Beliau berkata langkah seterusnya ialah memastikan suntikan vaksin  lebih selamat, teratur dan berkesan diterima oleh lebih ramai orang.

Turut dimaklumkan bahawa pengeluaran vaksin di China dalam tempoh setahun mampu memenuhi keperluan rakyat di seluruh negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here