KUANTAN, 19 Mei — Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh akhir bayaran cukai tanah bagi semua pemilik tanah berdaftar di Pahang, hingga 31 Ogos ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu menjadikan denda lewat 10 peratus daripada nilai cukai tanah hanya akan dikenakan bermula 1 Sept ini. 

“Keputusan dibuat berasaskan sikap prihatin kerajaan negeri dengan masalah rakyat ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pada tahap tertentu, boleh mengakibatkan kerugian kepada pemilik tanah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Sehubungan itu, Wan Rosdy berharap lanjutan tempoh akhir itu yang sebelum ini ditetapkan pada 31 Mei ini, memberi masa sewajarnya untuk pemilik tanah menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here