KUALA LUMPUR, 31 Mei  — Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini terus menurun kepada 6,824 menjadikan jumlah kumulatif 572,357 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam kes baharu COVID-19 di Malaysia  mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 pada Sabtu, pengurangan sebanyak 2,021 kes.

Menerusi catatan di Twitter, Dr Noor Hisham berkata Selangor masih menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 2,111 diikuti Kelantan (695); Sarawak (654); Johor (489); Kedah (464); Kuala Lumpur (387) dan Melaka (352).

Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 328 kes, Perak (255); Negeri Sembilan (253); Pahang (219); Sabah (207); Terengganu (204); Labuan (166); Putrajaya (28) dan Perlis (12).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here