KUALA LUMPUR, 31 Mei — PAS akan melancarkan Tabung Bencana COVID-19 PAS Pusat bagi membantu semua golongan yang terkesan akibat pandemik itu termasuk petugas barisan hadapan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata satu sekretariat khas dianggotai Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Lajnah Kesihatan PAS Pusat dan Khidmat Malaysia PAS Pusat akan ditugaskan mengendalikan dan menguruskan tabung berkenaan.

“Badan Perhubungan PAS Negeri pula akan menguruskan kutipan dana daripada ahli parti dan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kutipan dana tabung tersebut boleh disalurkan melalui akaun Parti Islam SeMalaysia (Khidmat Malaysia) di Maybank: 5642 9431 0529 dengan mencatatkan Tabung Covid PAS Pusat.

Pengesahan maklumat sumbangan boleh dihantar melalui WhatsApp di talian Khidmat Malaysia 011-1540 6625.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here