KUALA LUMPUR, 2 Jun — Sebanyak 126 kematian dilaporkan hari ini, angka tertinggi dicatatkan sejak pandemik ini melanda negara sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 sebanyak 2,993 orang,  menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, beliau memaklumkan kematian itu melibatkan 29 orang di Selangor, Kuala Lumpur (18), Negeri Sembilan (14), Kelantan (12),  Johor (11) ,  Kedah  pula 10 orang.

Seterusnya, Labuan mencatatkan lapan kematian, masing-masing lima kematian di Melaka dan  Terengganu,  Sarawak (empat), Pahang (tiga), masing-masing dua di Sabah, Putrajaya dan Perak serta  seorang  di Pulau Pinang.

“Jumlah individu yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini sebanyak 878 orang dengan 441 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh dalam tempoh 24 jam lepas adalah 5,777, menjadikan jumlah kumulatif 501,898 kes manakala kes aktif kini sebanyak 82,274 kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here