KUALA LUMPUR, 5 Jun — Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun serta waktu puncak petang 3 Jun lepas disaran untuk menjalani ujian saringan COVID-19 susulan seorang penumpang disahkan positif COVID-19.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memberitahu Unit Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL telah menerima mesej daripada seorang penumpang wanita yang memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19 pada lewat petang 3 Jun.

Menurut kenyataan itu, wanita berkenaan turut berkongsi maklumat daripada Mysejahtera untuk pengesahan perjalanan beliau pada dua hari berkenaan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun

Masa perjalanan: 10.10 pagi (LRT Stesen Universiti ke Stesen Abdullah Hukum)

Tarikh: 1 Jun

Masa perjalanan: 5:23 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)

Tarikh: 3 Jun

Masa perjalanan: 9 pagi – Bas Rapid KL (WUW 4149) dari Stesen Universiti ke Midvalley  

Tarikh: 3 Jun

Masa perjalanan: 5.15 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here