KUALA LUMPUR, 9 Jun  — Beberapa lokaliti di Sabah, Sarawak, Pahang, Johor dan Kelantan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Jumaat ini hingga 24 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Singgahmata, Pulau Banggi dan Kampung Sin San di Kudat serta Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Hoo di Kinabatangan; manakala di Sarawak membabitkan Kampung Sinar Budi Baru, Kuching.

Di Pahang, PKPD dilaksanakan di Felda Tembangau 1 dan 3 dekat Bera; serta Felda Jengka 7, Maran, sementara di Johor melibatkan Felda Inas, Kulai; selain Kampung Kutan Tengah dan Kampung Ketil di Tumpat, Kelantan.

“PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin, mengawal pergerakan penghuni di lokaliti terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan wabak ke komuniti lain,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP, hari ini.

Sementara itu, PKPD di Felda Tersang 1,2 dan 3 dekat Raub, Pahang dilanjutkan mengikut tempoh sama berikutan masih terdapat penularan kes dalam kalangan penduduk, selain kes baharu direkodkan dan terdapat 217 lagi ujian saringan sedang menunggu keputusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here