KUANTAN, 20 Jun — Badan Pimpinan Bersatu Negeri Pahang sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ketuanya Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Bersatu negeri, hari ini.

“Kami juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri. 

“Ingin ditegaskan di sini bahawasanya Bersatu Pahang akan terus bersama kepimpinan rakan-rakan komponen PN sama ada di peringkat pusat dan juga negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara terutamanya dalam negara sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here