KUALA LUMPUR, 6 Julai  — MyCreative akan menawarkan moratorium selama 6 bulan kepada pemohon yang layak di bawah di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

MyCreative, satu cabang pelaburan kerajaan yang berperanan meningkatkan industri kreatif tempatan  berkata akan dapat membantu usahawan kreatif untuk terus berdaya tahan serta meringankan beban aliran tunai perniagaan mereka ketika tempoh mencabar ini.

“Permohonan moratorium di bawah MyCreative ini dibuka sehingga 31 Julai 2021. Permohonan yang layak akan mendapat penangguhan pembayaran bermula dari bulan Julai 2021 sehingga Disember 2021,” katanya dalam satu kenyataaan dikeluarkan hari ini.

Permohonan moratorium boleh dibuat melalui emel ke moratorium2021@mycreative.com.my. 

Pengerusi MyCreative Ventures, Encik Azmi Said berkata MyCreative akan terus menyokong usaha pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangan penggiat industri kreatif.

“Setakat ini, seramai 10,759 penggiat seni dan usahawann kreatif telah pun menerima bantuan dari pihak Kumpulan MyCreative menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dibawah kawal selia Kementerian Kewangan serta Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) dibawah kawal selia Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Menurutnya pelbagai inisiatif lain disediakan di bawah Kumpulan MyCreative yang masih dibuka merangkumi Geran, Pinjaman Mudah dan Program Latihan menerusi program PENJANA dan PRISMA.

“Kami di MyCreative amat berharap permohonan daripada penggiat industri kreatif akan terus menerima sambutan yang memberangsangkan. 

Permohonan boleh didapati di laman sesawang MyCreative Ventures menerusi http://www.mycreative.com.my/penjana.

MyCreative diperbadankan pada 2012 dan merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), melaporkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here