KUALA LUMPUR, 13 Julai  — Kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Pengkalan Rangoon dan Kampung Pondok Pasir di Kemaman, Terengganu kini menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini berkata ia berikutan dua menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) mula beroperasi sejak Jun lepas.

 Katanya menerusi usaha itu penduduk di kawasan berkenaan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti seharian untuk tujuan pembelajaran, bekerja dari rumah, perhubungan serta aktiviti ekonomi dalam talian dengan lancar.

“Projek talian tetap gentian optik di kawasan Kemaman juga sedang giat dilaksanakan melibatkan 8,928 premis,” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata sehingga kini sebanyak 6,091 premis baharu telah mendapat jaringan gentian optik berkelajuan tinggi manakala baki 2,837 akan siap menjelang suku keempat tahun 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here